Siapakah Yang Dimaksudkan Sebagai Pemimpin?
Syaikh ‘Abdus Salam B. Barjas rahimahullah telah menggariskan beberapa kaedah dalam menentukan siapakah dia pemimpin (bagi umat Islam). Yang dengannya ia perlu ditaati, dihormati serta mendapat hak-haknya sebagai pemimpin atau pemerintah. Berikut adalah kaedah-kaedah tersebut secara ringkas, dinukil dari buku beliau Mu’ammalatul Hukkam fii Dhaw al-Kitab wa as-Sunnah, pada bab fii Qowa’id Tata’allaq bil Amanah:
1 – Sesiapa sahaja yang memiliki kedaulatan atau kuasa mentadbir masyarakat atau rakyat. Sama ada dari sudut perundangan, kuasa, kekuatan, sokongan rakyat, ataupun ketenteraan.
2 – Sesiapa sahaja yang telah menang dan memegang kuasa pemerintahan, maka dia adalah pemimpin yang wajib ditaati dan dihormati, tidak boleh dilawan, dan tidak boleh keluar dari ketaatan kepadanya. Sama ada dia mencapai kerusi kepimpinan tersebut secara syar’i atau sebaliknya.
3 – Walaupun pemimpin tersebut tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan sebagai seorang pemimpin yang sah, namun apabila dia telah memegang kekuasaan dalam pemerintahan, maka wajib untuk ditaati dan haram menentangnya.
4 – Dibolehkan bagi setiap negara, atau wilayah tertentu memiliki pemimpin masing-masing tanpa terikat dengan wilayah yang lain. Dan setiap masyarakat/rakyat perlu mentaati pemimpin tertinggi bagi wilayah atau negaranya masing-masing.
Maksud Politik (al-Siyasah)
Al-Siyasah (politik) dalam bahasa ‘Arab bererti:
تدبير الأمور والقيام بإصلاحها، يقال: ساس الأمر سياسة أي قام به
Menguruskan sesuatu urusan dan memperbaikinya. Apabila dikatakan Sasa al-‘Amr siyasah bererti ia melaksanakannya.
Dalam hadis disebutkan:
كانت بنو إسرائيل تسوسهم الأنبياء
“Bani Israel telah ditadbir (tasusuhum (mereka disiyasahkan)) oleh para nabi.”
أي تتولَى أمورهم كما تفعل الأمراء والولاة بالرعية
Maksudnya, nabi-nabi menguruskan hal-ehwal mereka sebagaimana yang dilaksanakan oleh para pemerintah yang menguruskan hal-ehwal rakyatnya.
Al-siyasah dari sudut istilah pula memiliki beberapa definisi. Di antaranya adalah mentadbir urusan negara. Juga disebutkan sebagai suatu ilmu atau kemahiran dalam urusan memerintah negara.
Sebenarnya politik adalah ilmu dan kemahiran. Ia merupakan ilmu kerana ia memiliki prinsip-prinsip dan disiplin-disiplin tertentu yang keseluruhannya membentuk “ilmu politik”. Politik juga dikatakan sebagai kemahiran kerana ingin ditekankan bahawa bahawa dalam realiti perlaksanaannya ia tidak mungkin terhad kepada semata-mata melaksanakan undang-undang yang bersifat teori dan tidak juga kepada perlaksanaan sebenar kekuasaan/kekuatan, malah ia menuntut kepakaran tertentu yang diperolehi melalui pengalaman dan pengetahuan mengenai kaedah-kaedah praktikal yang tertentu.
Sistem politik pula adalah satu struktur yang mengatur hubungan antara para pemimpin dan orang bawahan dan ia terbentuk daripada keseluruhan institusi yang mengatur masyarakat awam dan institusi yang mengatur kekuasaan. Teks sistem politik terdapat dalam perlembagaan di pelbagai negara... Sistem-sistem politik juga berbeza-beza berdasarkan sumber kekuasaan... cara mengatur.. dan sturktur negara.
Politik dari perspektif Islam adalah menjaga hal-ehwal rakyat di dalam dan di luar negara dengan cara yang tidak bertentangan dengan syara’.
Politik yang syar’i tidak hanya terbatas kepada apa yang disebutkan oleh syara’ secara khusus, tetapi apa yang penting adalah dengan tidak menyalahi teks al-Qur’an, as-Sunnah, ijma’ umat Islam (para ulama), kaedah-kaedah syara’, serta ushul-ushulnya (prinsip agama) secara umum. (Rujuk: Dr. Khalid al-Anbari, Fiqh as-Siyasah asy-Syar’iyah fii Dhaw al-Qur’an wa as-Sunnah wa Aqaul Salaf al-A’immah, m/s. 9-10)
Menurut ‘Abdul Wahhab Khallaf (1357H):
فالسياسة الشرعية هي تدبير الشئون العامة للدولة الإسلامية بما يكفل تحقيق المصالح ودفع المضار مما لا يتعدى حدود الشريعة وأصولها الكلية، وإن لم يتفق وأقوال الأئمة المجتهدين
Terjemahan: Adapun siyasah syar’iyah ia adalah proses pentadbiran yang selari dengan syara’, yang mana perjalanan urus-tadbirnya menjaga kepentingan rakyat melalui ruang lingkup daulah Islam dengan cara-cara yang dapat menjamin tercapainya kemaslahatan (kebaikan) umum, dapat menolak pelbagai bentuk kerugian, dan tidak melanggar syari’at Islam serta kaedah-kaedah asasinya, walaupun tidak selari dengan apa yang diutarakan oleh para imam mujtahid. (‘Abdul Wahhab Khallaf, Siyasah Syar’iyah, m/s. 15. Dinukil dari: ‘Abdul Malik Ramadhani al-Jazairi, Madarikun Nadzar fii as-Siyasah, m/s. 142-143)
Ibnul Qayyim (rahimahullah) berkata:
لا سياسة إلا ما نطق به الشرع فغلط، وتغليط للصحابة، وهذا موضع.. فرط فيه طائفة، وجعلوا الشريعة قاصرة لا تقوم بِمصالح العباد، محتاجة إلى غيرها.. فلما رأى ولاة الأمور ذلك.. أحدثوا من أوضاع سياساتِهم شرًّا طويلاً، وفسادًا عريضًا، فتفاقم الأمر، وتعذر استدراكه.. فإن الله -سبحانه- أرسل رسله، وأنزل كتبه، ليقوم الناس بالقسط، وهو العدل.. فإذا ظهرت أمارته وأسفر وجهه بأي طريق كان، فثم شرع الله ودينه
Terjemahan: Sekiranya politik adalah apa yang disebut oleh syara’ semata-mata, maka ia adalah satu kesilapan dan menyalahi para sahabat. Ini merupakan suatu perkara yang tidak difahami oleh sekumpulan manusia, lalu dengan itu mereka telah menjadikan syari’at itu lemah dan tidak mampu menangani keperluan manusia sehingga ia memerlukan (beralih) kepada yang lain. Maka apabila para pemimpin melihat keadaan ini... mereka pun melakukan kejahatan yang berpanjangan dan kerosakkan yang luas dalam sistem politik mereka, lalu ia menjadi semakin rumit dan sukar untuk ditangani. Sebenarnya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mengutuskan para Rasul-Nya dan menurunkan Kitab-kitab-Nya supaya manusia dapat berlaku adil... maka apabila terdapat tandanya dan ia nampak jelas dalam apa bentuk sekalipun, maka itulah yang dikatakan syari’at dan agama Allah. (Ibnul Qayyim, at-Turuq al-Hukumiyat, m/s. 18)
Dr. Khalid al-Anbari pula menyebutkan: Maka dengan itu, kita sendiri perlu menambah perundangan yang bersesuaian dengan keperluan dan tuntutan-tuntutan kehidupan kita dengan syarat kita tidak membenarkan diri kita mencipta undang-undang yang bertentangan dengan nash dan kandungan syari’at, kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memberi amaran kepada kita daripada perkara-perkara tersebut. (Dr. Khalid al-Anbari, Fiqh as-Siyasah asy-Syar’iyah fii Dhaw al-Qur’an wa as-Sunnah wa Aqaul Salaf al-A’immah, m/s. 10-11)
Syaikh ‘Abdul Malik Ramadhani al-Jaza’iri mengutarakan sebuah nasihat:
فهي تُعْنَى بأحكام الإمارة والقضاء وأحوال الوزارات وتدوين الدواوين وإنفاذ الجيوش وغيرها مما تراه مفصلا في مثل غياث الأمم للجويني، و الأحكام السلطانية للماوردي وكذا لأبي يعلى الفراء، و التراتيب الإدارية لعبد الحي الكتاني وغيرهم. ولا شك في وجوبها شرعا وعقلا، لأن أمور الناس لا تنضبط إلا بإمام عادلا كان أو جائرا، قال ابن حبان البستي ـ رحمه الله ـ: وأنشدني ابن زنجي البغدادي للأفوه الأودي
لا يُصلح الناسَ فوضى لا سَراة لهم ولا سَـراة إذا جـهّـالهـم ســادوا
والبــيـت لا يـُبتـنـى إلا بـأعـمــدة ولا عـمـاد إذا لم تُــرسَ أوتـــادُ
فإن تـَجـمَّع أوتادٌ وأعمدةٌ وساكنٌ أدركــوا الأمـــر الـذي كــادوا
تُهدَى الأمور بأهل الرأي ما صلــ ـحت فإن تَوَلَّت فبالأشرار تنقادُ
وذكر قبلها الحكمة المشهورة: سلطان غشوم خير من فتنة تدوم. قال ابن تيمية: يجب أن يُعرف أن ولاية أمر الناس من أعظم واجبات الدين بل لا قيام للدين والدنيا إلا بها، فإن بني آدم لا تتم مصلحتهم إلا بالاجتماع لحاجة بعضهم إلى بعض، ولا بد لهم عند الاجتماع من رأس ... إلى أن قال: لأنَّ الله تعالى أوجب الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر، ولا يتم ذلك إلا بالقوة والإمارة، ولهذا روي: أن السلطان ظل الله في الأرض ويقال: ( ستون سنة من إمام جائر أصلح من ليلة بلا سلطان ) والتجربة تبيِّن ذلك
Yang disebutkan dengan politik itu adalah undang-undang pemerintahan, menegakkan keadilan, badan eksekutif sesebuah negara, pembentukan barisan tertinggi negara, pentadbiran ketenteraan dan juga yang selainnya. Perkara ini dengan jelas dapat anda baca dalam kitab Ghiyatul Umam karya al-Juwaini, al-Akham as-Sulthaniyah karya al-Mawardi dan juga (dengan judul yang sama) karya Abu Ya’laa al-Farra’, Taratib al-Idariyah karya ‘Abdul Hayy al-Kattani dan selainnya. Sudah tentu hukumnya adalah wajib, sama ada menurut syari’at atau akal, kerana urusan rakyat banyak yang tidak tersusun dengan baik tanpa ada pemimpin yang adil mahupun yang zalim. Ibnu Hibban al-Busti rahimahullah berkata:
“Ibnu Zanji al-Baghdadi membawakan sebuah syair yang beliau tujukan untuk al-Afwah al-Audi:
Tidak akan menjadi baik urusan manusia tanpa ada pemimpin
Dan tidak ada gunanya apabila orang-orang jahil yang memimpin
Rumah tidak akan terbina tanpa ada tiang
Dan tidak ada gunanya tiang sekiranya bukan dari kayu-kayu yang kukuh
Jika asas tiang dan atap telah terpasang
Barulah penghuninya mendapatkan keinginan yang hampir terluput
Urusan akan menjadi baik apabila ditangani oleh orang bijaksana
Jika tidak, maka mereka akan dipandu oleh orang-orang jahil.”
Sebelumnya beliau menyebutkan sebuah kata hikmah yang terkenal (masyhur):
“Penguasa yang zalim lebih baik daripada kekacauan (fitnah) yang tiada henti.” Ibnu Taimiyyah berkata:
“Setiap orang perlu tahu bahawa mengatur urusan manusia merupakan kewajiban agama yang paling agung. Bahkan agama dan dunia tidak akan menjadi baik tanpa perkara ini. Manusia tidak akan dapat mengurus kepentingan mereka apabila tidak bersatu-padu, mereka pasti saling memerlukan di antara satu dengan yang lain. Dan mereka perlu bersatu di bawah seorang pemimpin.”
Seterusnya beliau mengatakan:
“Allah telah mewajibkan amar ma’ruf nahi mungkar. Dan kewajiban itu tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa adanya kekuatan dan pemerintahan. Oleh sebab itu diriwayatkan dalam sebuah hadis:
“Penguasa adalah naungan Allah di muka bumi.”
Dan disebutkan bahawa:
“Enam puluh tahun di bawah kepimpinan penguasa yang zalim lebih baik daripada semalaman tanpa ada pemimpin.” Pengalaman yang banyak berlalu telah membuktikan hakikat ini.” (Rujuk: ‘Abdul Malik Ramadhani al-Jaza’iri, Madarikun Nadzar fii as-Siyasah, m/s. 143-144)
Beliau juga menjelaskan berkenaan perkataan ‘Abdul Wahhab Khallaf “...walaupun tidak selari dengan apa yang diutarakan oleh para imam mujtahid”:
فإن المقصود به أن السياسة الشرعية ليست حكراً على الأئمة المتقدمين، بل لا بأس من أن يجتهد العالم المتبحّر من أولي الأمر فيما يَجدّ للأمة من نوازل بالقيود السابقة، ولذلك قال: " فالسياسة الشرعية على هذا هي العمل بالمصالح المرسلة؛ لأن المصلحة المرسلة هي التي لم يقم من الشارع دليل على اعتبارها أو إلغائها
Maksudnya adalah: Bahawa mengambil kebijaksanaan politik itu bukanlah hanya tugas para ulama terdahulu sahaja. Tetapi setiap alim ulama yang luas ilmunya yang mampu berijtihad di dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan yang sedang dihadapi masyarakat dengan batasan-batasan yang telah disebutkan di atas. Oleh sebab itu beliau menyatakan: “Siyasah syar’iyah termasuk usaha mewujudkan maslahah mursalah.” Kerana maslahah mursalah adalah maslahah (kebaikan) yang tidak ditetapkan secara khusus oleh agama. (Rujuk: ‘Abdul Malik Ramadhani al-Jaza’iri, Madarikun Nadzar fii as-Siyasah, m/s. 145)
Tanggungjawab Para Pemimpin Umat Islam
Secara umum dan ringkas, tanggungjawab para pemimpin yang paling utama adalah menyatukan rakyatnya di bawah agama yang bersih dan murni. Menegakkan keadilan dengan tauhid yang sebenar, iaitu membawa masyarakat kepada pengabdian diri semata-mata kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan jalan yang syar’i.
Dengan selesainya persoalan asas-asas agama, masyarakat akan lebih mudah untuk dibentuk dan mengikuti arahan. Maka, perpaduan dan pentadbiran negara akan dapat berjalan dengan lebih lancar dan sempurna.
Urusan-urusan utama dalam agama seperti solat berjama’ah, hari-raya, penyebaran ilmu yang benar, zakat, urusan haji serta yang selainnya perlu disemarakkan dan dimakmurkan.
Para pemimpin perlu bertanggungjawab menjaga hal-ehwal keselamatan, perundangan, ekonomi negara, dan keperluan rakyatnya yang bersesuaian dengan agama. Semua ini selain menjadi tanggungjawab utama para pemimpin, ia perlu dibantu pula oleh para ulama (para ilmuan) dalam bidangnya masing-masing bagi memperkukuhkan kebaikan-kebaikan untuk kepentingan bersama dan demi meraih keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Penamaan Kepada Negara Islam Atau Kafir Atau Fasiq
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata:
وَكَوْنُ الْأَرْضِ دَارَ كُفْرٍ وَدَارَ إيمَانٍ أَوْ دَارَ فَاسِقِينَ لَيْسَتْ صِفَةً لَازِمَةً لَهَا ؛ بَلْ هِيَ صِفَةٌ عَارِضَةٌ بِحَسَبِ سُكَّانِهَا فَكُلُّ أَرْضٍ سُكَّانُهَا الْمُؤْمِنُونَ الْمُتَّقُونَ هِيَ دَارُ أَوْلِيَاءِ اللَّهِ فِي ذَلِكَ الْوَقْتِ وَكُلُّ أَرْضٍ سُكَّانُهَا الْكُفَّارُ فَهِيَ دَارُ كُفْرٍ فِي ذَلِكَ الْوَقْتِ وَكُلُّ أَرْضٍ سُكَّانُهَا الْفُسَّاقُ فَهِيَ دَارُ فُسُوقٍ فِي ذَلِكَ الْوَقْتِ فَإِنْ سَكَنَهَا غَيْرَ مَا ذَكَرْنَا وَتَبَدَّلَتْ بِغَيْرِهِمْ فَهِيَ دَارُهُمْ
Dan bahawasanya penilaian bahawa negara ini negara (Daarr/wilayah) kuffar atau Islam (iman) atau fasiq, ianya bergantung kepada sifat penduduknya. Sekiranya penduduk negara tersebut adalah orang-orang beriman/mukmin, maka itu adalah negara Islam (Aulia Allah) pada masa tersebut. Sekiranya penduduknya adalah orang-orang kafir maka itu adalah negara kafir pada masa tersebut. Sekiranya penduduknya adalah orang-orang fasiq, maka itu adalah negara fasiq pada masa tersebut. Dan sekiranya berlaku suatu masa penduduknya berganti/bertukar (Islam/kafir/fasiq), maka nama negaranya juga berganti/bertukar.”
وَكَذَلِكَ الْمَسْجِدُ إذَا تَبَدَّلَ بِخَمَّارَةٍ أَوْ صَارَ دَارَ فِسْقٍ أَوْ دَارَ ظُلْمٍ أَوْ كَنِيسَةً يُشْرِكُ فِيهَا بِاَللَّهِ كَانَ بِحَسَبِ سُكَّانِهِ ؛ وَكَذَلِكَ دَارُ الْخَمْرِ وَالْفُسُوقِ وَنَحْوُهَا إذَا جُعِلَتْ مَسْجِدًا يُعْبَدُ اللَّهُ فِيهِ جَلَّ وَعَزَّ كَانَ بِحَسَبِ ذَلِكَ وَكَذَلِكَ الرَّجُلُ الصَّالِحُ يَصِيرُ فَاسِقًا وَالْكَافِرُ يَصِيرُ مُؤْمِنًا أَوْ الْمُؤْمِنُ يَصِيرُ كَافِرًا أَوْ نَحْوُ ذَلِكَ كُلٌّ بِحَسَبِ انْتِقَالِ الْأَحْوَالِ مِنْ حَالٍ إلَى حَالٍ
Terjemahan: Sebagaimana sesebuah masjid apabila ditukar menjadi tempat memproses khamar (wine/arak), atau tempat untuk bersuka-ria (berpesta), atau tempat kesesatan, atau gereja di mana padanya tempat mensyirikkan Allah. Begitulah juga rumah memperoses arak dan pusat hiburan (tempat maksiat) dan selainnya apabila dijadikan masjid yang padanya tempat mengabdikan diri (beribadah) kepada Allah akan menjadi mulia dan terpuji berdasarkan apa yang diperlakukan padanya. Begitu jugalah sebagaimana seseorang lelaki yang soleh berubah menjadi fasiq, dan yang kafir pula berubah menjadi beriman (mukmin) atau mukmin berubah menjadi kafir atau yang sewaktu dengannya, semuanya itu adalah berdasarkan (bergantung pada) ciri-ciri yang menghiasi pada dirinya. (Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 18/282)
Imam Abu Bakr al-Isma’ili rahimahullah (Abu Bakr Ahmad B. Ibrahim al-Isma’ili W. 371H) berkata:
ويرون الدار دار الإسلام لا دار الكفر كما رأته المعتزلة، ما دام النداء بالصلاة والإقامة ظاهرين وأهلها ممكنين منها آمنين
Dan mereka (Ahlus Sunnah wal-Jama’ah) mengimani (mengakui) bahawa sesebuah negara/wilayah (daar) adalah negara/wilayah Islam bukan negara/wilayah kafir sebagaimana pandangan al-Mu’tazilah, apabila masih terdapat seruan/panggilan untuk solat dan ia (solat) didirikan dengan zahir (terang-terangan) dan ahlinya (rakyatnya) sentiasa bebas mendirikannya dengan suasana aman. (Rujuk: Abu Bakr al-Isma’ili, I’tiqad A’immatul Hadis, m/s. 31, Bab: Daar al-Islam, Maktabah Syamilah)
Imam asy-Syaukani rahimahullah berkata:
الاعتبار بظهور الكلمة فإن كانت الأوامر والنواهي في الدار لأهل الإسلام بحيث لا يستطيع من فيها من الكفار أن يتظاهر بكفره إلا لكونه مأذونا له بذلك من أهل الإسلام فهذه دار إسلام ولا يضر ظهور الخصال الكفرية فيها لأنها لم تظهر بقوة الكفار ولا بصولتهم كما هو مشاهد في أهل الذمة من اليهود والنصارى والمعاهدين الساكنين في المدائن الإسلامية وإذا كان الأمر العكس فالدار بالعكس
Terjemahan: Ukuran bagi menentukan sesebuah negara Islam itu adalah dizahirkankan (tampak) tanda-tanda agama, iaitu perundangannya sama ada yang bersifat perintah atau larangan di bawah kawal-selia umat Islam, manakala orang kafir tidak menampakkan (menzahirkan) kekufurannya melainkan setelah mendapat kebenaran dari penduduk negara Islam tersebut. Maka dengan keadaan yang demikian sesuatu wilayah itu disebut sebagai negara Islam dan keberadaan tanda/syiar kekufuran yang wujud/kelihatan tidak menafikan penamaan ini kerana ia bukan disebabkan usaha dan kekuatan dari orang-orang kafir sebagaimana ahluzd-dzimmah yang mendiami negara/bandar umat Islam daripada orang Yahudi dan Nashara serta sekutu mereka yang tunduk (kepada peraturan). Sekiranya keadaan ini adalah sebaliknya, maka status negara juga adalah begitu. (asy-Syaukani, as-Sailul Jarrar al-Mutadafiq ‘Ala Hada’iqil Azhar, 1/976)
Bolehkah Umat Islam Dipecahkan Kepada Berbilang-bilang Wilayah/Negara Dengan Pemimpin Yang Berbeza?
Terdapat sebahagian pihak dari kelompok pergerakkan (harakah Islam) yang menegaskan pendirian mereka bahawa umat Islam wajib bersatu di bawah sebuah sistem pemerintahan khilafah sebagaimana yang berlaku di era Abu Bakr, ‘Umar, dan ‘Utsman. Sekiranya ini tidak berlaku, maka seluruh umat Islam adalah berdosa. Malah lebih mengejutkan adalah tidak perlu taat kepada para pemimpin yang berkuasa selain daripada melalui sistem khilafah tersebut.
Mereka turut membenarkan menjatuhkan para pemimpin hanya atas alasan zalim dan tidak bertindak adil berdasarkan neraca (perkiraan) kelompok mereka semata-mata. Menurut mereka juga, para pemimpin yang tidak adil dan bertindak zalim juga tidak berhak untuk dinasihati, tetapi berhak dikritik secara terbuka, malah diaibkan. Di antara alasan mereka adalah kerana bentuk pemerintahan yang berlangsung pada hari ini bukan lagi di bawah pemerintahan sistem khilafah dan sudah tidak syar’i.
Berikut kami bawakan penjelasannya berpandukan perkataan (fatwa) para ulama ahlus Sunnah wal-Jama’ah sebagai pencerahan.
Imam Abu al-Hasan B. ‘Ali B. Muhammad al-Mawardi rahimahullah (Wafat 450H) berkata:

وَإِذَا عُقِدَتْ الْإِمَامَةُ لِإِمَامَيْنِ فِي بَلَدَيْنِ لَمْ تَنْعَقِدْ إمَامَتُهُمَا ، لِأَنَّهُ لَا يَجُوزُ أَنْ يَكُونَ لِلْأُمَّةِ إمَامَانِ فِي وَقْتٍ وَاحِدٍ
Terjemahan: Sekiranya imamah (kepimpinan dan pemerintahan) diberikan kepada dua orang di dua tempat yang berbeza (dalam masa yang sama), maka imamah keduanya adalah tidak sah, kerana umat tidak dibenarkan memiliki dua imam (khalifah) pada waktu yang sama. (al-Mawardi, al-Ahkam al-Sulthoniyah, m/s. 10)
Menurut Syaikh Dr. Khalid B. ‘Ali al-‘Anbari:
الأصل أن يكون للمسلمين جميعًا إمام واحد
Hukum asal bagi umat Islam ialah mereka memiliki seorang khalifah/imam sahaja. (Dr. Khalid al-Anbari, Fiqh as-Siyasah asy-Syar’iyah fii Dhaw al-Qur’an wa as-Sunnah wa Aqaul Salaf al-A’immah, m/s. 149)
Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata:
والسنة أن يكون للمسلمين إمام واحد والباقون نوابه، فإذا فرض أن الأمة خرجت عن ذلك لمعصية من بعضها وعجز من الباقين أو غير ذلك فكان لها عدة أئمة، لكان يجب على كل إمام أن يقيم الحدود، ويستوفي الحقوق
Terjemahan: Berdasarkan as-Sunnah, umat Islam hanya memiliki seorang pemerintah sahaja, manakala yang selainnya hanyalah bertindak sebagai pembantunya. Sekiranya ditaqdirkan umat Islam terkeluar dari peraturan ini sama ada dengan sebab maksiat/kesalahan yang dilakukan oleh sebahagian daripadanya ataupun dengan sebab kelemahan sebahagian umat Islam, ataupun dengan sebab-sebab yang lain, dan mereka memiliki beberapa orang pemimpin, wajib ke atas setiap pemimpin tersebut menjalankan hukum hudud dan memberi hak kepada mereka yang layak menerimanya. (Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 24/175-176)
Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat 774H) menjelaskan:
فأما نصب إمامين في الأرض أو أكثر فلا يجوز لقوله عليه الصلاة والسلام: "من جاءكم وأمركم جميع يريد أن يفرق بينكم فاقتلوه كائنًا من كان" . وهذا قول الجمهور، وقد حكى الإجماع على ذلك غير واحد، منهم إمام الحرمين، وقالت الكرامية: يجوز نصب إمامين فأكثر كما كان علي ومعاوية إمامين واجبي الطاعة، قالوا: وإذا جاز بعث نبيين في وقت واحد وأكثر جاز ذلك في الإمامة؛ لأن النبوة أعلى رتبة بلا خلاف، وحكى إمام الحرمين عن الأستاذ أبي إسحاق أنه جوز نصب إمامين فأكثر إذا تباعدت الأقطار واتسعت الأقاليم بينهما، وتردد إمام الحرمين في ذلك، قلت: وهذا يشبه حال خلفاء بني العباس بالعراق والفاطميين بمصر والأمويين بالمغرب
Terjemahan: Pengangkatan dua imam (bagi memimpin umat Islam) atau lebih di muka bumi (pada masa yang sama), adalah tidak dibenarkan. Berdasarkan hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
“Sesiapa yang mendatangi kamu, sedangkan semua urusan kamu telah bersatu (di bawah seorang pemimpin), dengan tujuan untuk memecah-belah kesatuan tersebut, maka bunuhlah ia siapapun orangnya.”
Ini merupakan pendapat jumhur (majoriti) ulama. Dan ini adalah berdasarkan ijma’ sebagaimana yang diriwayatkan lebih dari satu pendapat antaranya Imam al-Haramain.
Mazhab Karamiyah mengatakan, dibenarkan mengangkat dua orang imam (pemimpin), malah lebih juga boleh, sebagaimana yang telah berlaku di antara ‘Ali dan Mu’awiyah yang keduanya merupakan imam yang wajib ditaati. Mereka mengatakan, apabila dibolehkan mengutus dua orang Nabi dalam waktu yang sama dan bahkan lebih dari dua orang, perkara ini turut dibolehkan dalam imamah, kerana soal kenabian kedudukannya lebih tinggi dari soal imamah tanpa diperselisihkan.
Sebagaimana yang diriwayatkan dari Imam al-Haramain dari al-Ustaz Abu Ishaq bahawasanya dibolehkan mengangkat dua imam (dalam satu masa untuk wilayah yang berbeza) atau lebih sekiranya pelbagai wilayah terbentuk dan saling berjauhan serta kawasan telah menjadi terlalu luas.
Walau bagaimanapun, Imam al-Haramaian masih bimbang dengan persoalan ini.
Aku katakan (Ibnu Katsir): Keadaan ini adalah sebagaimana Bani ‘Abbasiyah yang berjaya mendirikan pemerintahan di ‘Iraq, Fatimiyyin di Mesir, dan Bani Umayyah di Maghribi. (al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim, 1/222, Tahqiq: Sami B. Muhammad Salamah)
Imam al-Qurthubi juga turut membawakan perkataan Imam al-Haramain (al-Imam Abu Ma’ali al-Juwaini, 419H-478H) tersebut di dalam tafsirnya:
والذي عندي فيه أن عقد الإمامة لشخصين في صقع واحد متضايق الخطط والمخاليف غير جائز وقد حصل الإجماع عليه. فأما إذا بعد المدى وتخلل بين الإمامين شسوع النوى فللاحتمال في ذلك مجال وهو خارج عن القواطع. وكان الأستاذ أبو إسحاق يجوز ذلك في إقليمين متباعدين غاية التباعد لئلا تتعطل حقوق الناس وأحكامهم
Terjemahan: Pada pandanganku, perlantikan dua imam bagi satu kawasan yang kecil sempadannya adalah tidak perlu. Pendapat ini merupakan satu ijma’. Adapun sekiranya kedudukan jarak yang membezakan di antara dua imam tersebut jauh serta kemungkinan ini ada, manakala seseorang khalifah itu berada jauh dari rakyat, maka pada ketika itu al-Ustaz Abu Ishaq membolehkan untuk dua kawasan yang sempadannya sangat jauh supaya hak dan hukum-hakam rakyat tidak terabai. (al-Qurthubi, al-Jami’ li Ahkamil Qur’an, 1/273)
Qadhi Baitul Maqdis pada masanya, Abu ‘Abdillah Ibnu al-Azraq al-Maliki rahimahullah (Wafat 869H) berkata:
أن شرط وحدة الإمام بحيث لا يكون هناك غيره لا يلزم مع تعذر الإمكان
Terjemahan: Bahawasanya syarat supaya umat Islam (di dunia ini) hanya dipimpin oleh seorang pemimpin sahaja bukanlah suatu kewajiban apabila ianya sememangnya tidak mungkin dilaksanakan. (al-Azraq, Badai’ as-Silki fii Thoba’ al-Maliki, 1/76-77. Dinukil dari: Abdus Salam Barjas, Mu’ammalatul Hukkam Fii Dhaw al-Kitab wa as-Sunnah, 16-17)
Imam Muhammad B. Isma’il ash-Shan’ani rahimahullah (Wafat 1182H) turut menjelaskan persoalan ini ketika mensyarahkan hadis berikut:
عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وآله وسلم قال: " من خرج عن الطاعة وفارق الجماعة ومات فميتته ميتة جاهلية
قوله عن الطاعة أي طاعة الخليفة الذي وقع الاجتماع عليه وكأن المراد خليفة أي قطر من الأقطار إذ لم يجمع الناس على خليفة في جميع البلاد الإسلامية من أثناء الدولة العباسية بل استقل أهل كل إقليم بقائم بأمورهم إذ لو حمل الحديث على خليفة اجتمع عليه أهل الإسلام لقلت فائدته
وقوله وفارق الجماعة أي خرج عن الجماعة الذين اتفقوا على طاعة إمام انتظم به شملهم واجتمعت به كلمتهم وحاطهم عن عدوهم
قوله فميتته ميتة جاهلية أي منسوبة إلى أهل الجهل والمراد به من مات على الكفر قبل الإسلام وهو تشبيه لميتة من فارق الجماعة بمن مات على الكفر بجامع أن الكل لم يكن تحت حكم إمام فإن الخارج عن الطاعة كأهل الجاهلية لا إمام له
Terjemahan: Daripada Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Alihi wa Sallam:
Sesiapa yang keluar dari ketaatan dan berpisah (keluar) dari jama’ah, sekiranya ia mati, maka matinya adalah kematian jahiliyyah. (Hadis Riwayat Muslim)
Sabda-nya “keluar dari ketaatan” maksudnya adalah ketaatan kepada khalifah (pemimpin) yang telah disepakati atasnya, atau merujuk pemimpin bagi daerah/wilayah atau negara di mana ia bernaung. Kerana tidak semua umat Islam pada masa daulah ‘Abbasiyyah tunduk dan patuh kepada khalifah ketika itu, malah setiap wilayah ada pemimpin yang bebas menguruskan wilayahnya masing-masing (mereka bebas melantik pemimpin bagi wilayah mereka sendiri), maka sekiranya makna hadis ini diperuntukkan kepada khalifah yang diakui untuk setiap wilayah Islam (umat Islam), sudah tentu hadis ini sangat sedikit faedahnya.
Sabda-nya “berpisah (keluar) dari jama’ah” maksudnya adalah keluar dari jama’ah/kumpulan yang telah sepakat mematuhi pemimpin yang menyatukan mereka dan menjaga mereka dari serangan musuh.
Sabda-nya “sekiranya ia mati, maka matinya adalah kematian jahiliyyah” perngertiannya disandarkan kepada orang-orang jahiliyyah, dan maksud dari jahiliyyah tersebut adalah sesiapa sahaja yang mati di dalam kekafiran sebelum Islam. Itu merupakan perumpamaan bagi yang mati dalam keadaan keluar dari jama’ah umat Islam yang diumpamakan seperti orang kafir yang mati sebelum ia menganut Islam, kerana kedua-duanya tidak tunduk dan tidak patuh kepada pemimpin. Orang yang tidak patuh/taat kepada pemimpin diibaratkan seperti orang-orang jahiliyyah yang tidak memiliki pemimpin. (ash-Shan’ani, Subulus Salam Syarah Bulughul Maram, 3/258)
Syaikh Muhammad B. ‘Abdul Wahhab rahimahullah (1115H-1206H) menyatakan:
الأئمة مجمعون من كل مذهب على أن من تغلب على بلد أو بلدان له حكم الإمام في جميع الأشياء، ولولا هذا ما استقامت الدنيا؛ لأن الناس من زمن طويل قبل الإمام أحمد إلى يومنا هذا ما اجتمعوا على إمام واحد، ولا يعرفون أحدًا من العلماء ذكر أن شيئًا من الأحكام لا يصح إلا بالإمام الأعظم
Terjemahan: Para imam dari setiap mazhab telah berijma’ bahawa sesiapa yang dapat menguasai sesuatu kawasan/negeri atau beberapa negeri, maka dia memiliki keistimewaan sebagai pemimpin (pemerintah) untuk semua urusan. Jika tidak, sudah tentu dunia ini akan huru-hara. Ini adalah kerana manusia sejak zaman dahulu sebelum zaman Imam Ahmad lagi sehinggalah ke hari ini tidak pernah tunduk hanya kepada seorang imam. Mereka tidak pernah mendengar seorang pun ulama yang mengatakan bahawa sesuatu hukum itu tidak sah untuk dilaksanakan melainkan melalui pemimpin tertinggi. (Muhammad ‘Abdul Wahhab, ad-Durur as-Sunniyyah fi al-Ajwibah an-Najdiyyah, 12/2)
Imam Muhammad B. ‘Ali asy-Syaukani rahimahullah (Wafat 1250H) turut menjelaskan:
وأما بعد انتشار الإسلام واتساع رقعته وتباعد أطرافه فمعلوم أنه قد صار في كل قطر أو أقطار الولاية إلى إمام أو سلطان وف يالقطر الآخر أو الأقطار كذلك ولا ينفذ لبعضهم أمر ولا نهي في قطر الآخر وأقطاره
التي رجعت إلى ولايته فلا بأس بتعدد الأئمة والسلاطين ويجب الطاعة لكل واحد منهم بعد البيعة له على أهل القطر الذي ينفذ فيه أوامره ونواهيه وكذلك صاحب القطر الآخر فإذا قام من ينازعه في القطر الذي قد ثبتت فيه ولايته وبايعه أهله كان الحكم فيه أن يقتل إذا لم يتب ولا تجب على أهل القطر الآخر طاعته ولا الدخول تحت ولايته لتباعد الأقطار فإنه قد لا يبلغ إلى ما تباعد منها خبر إمامها أو سلطانها ولا يدرى من قام منهم أو مات فالتكليف بالطاعة والحال هذه تكليف بما لا يطاق وهذا معلوم لكل من له اطلاع على أحوال العباد والبلاد فإن أهل الصين والهند لا يدرون بمن له الولاية في أرض المغرب فضلا عن أن يتمكنوا من طاعته وهكذا العكس وكذلك أهل ما وراء النهر لا يدرون بمن له الولاية في اليمين وهكذا العكس فاعرف هذا فإنه المناسب للقواعد الشرعية
والمطابق لما تدل عليه الأدلة ودع عنك ما يقال في مخالفته فإن الفرق بين ما كانت عليه الولاية الإسلامية في أول الإسلام وما هي عليه الآن
Terjemahan: Adapun selepas penyebaran Islam, meluas wilayahnya dan jarak yang jauh di antara negeri-negerinya, maka telah diketahui bahawa setiap negeri atau beberapa negeri bergantung kepada seorang pemerintah atau sultan. Begitu juga dengan negeri yang lain. Seseorang pemerintah itu tidak memiliki kuasa untuk mengeluarkan perintah mahu pun larangan selain daripada negerinya atau beberapa negeri yang tunduk kepadanya.
Oleh itu, maka berbilang-bilang pemerintah atau sultan diharuskan (tidak menjadi masalah). Setiap daripada mereka wajib ditaati selepas bai’ah yang diberikan oleh penduduk negeri tersebut dan ia berhak mengeluarkan perintah dan larangan. Begitulah juga dengan pemerintah bagi negeri yang lain.
Apabila terdapat segolongan pihak yang cuba merampas kuasa daripada seorang pemerintah yang telah memiliki kedaulatan/kuasa dan juga diberi bai’ah (kepercayaan) oleh penduduknya, maka pada ketika itu, hukuman ke atas golongan tersebut ialah dibunuh jika ia tidak bertaubat.
Penduduk negeri yang lain tidak wajib mentaatinya, atau pun berlindung di negaranya kerana kedudukan yang jauh antara negeri. Penduduk seperti ini tidak sampai kepada hal-ehwal pemerintah atau pun sultan mereka, dan mereka tidak mengetahui siapa yang masih hidup atau yang sudah mati daripada pemerintah mereka. Kewajiban untuk taat dalam keadaan ini merupakan satu kewajiban yang tidak terdaya untuk ditanggung. Perkara ini sedia dimaklumi oleh mereka yang arif dalam bidang pentadbiran rakyat dan negara.
Maka ketahuilah kamu tentang perkara ini, kerana ia amat sesuai dengan kaedah syara’. Dan bertepatan dengan yang sedia ada. Pendapat yang bercanggah dengannya tidak perlu dihiraukan kerana memang terdapat perbezaan yang sangat ketara di antara neger-negeri Islam semasa zaman awal Islam dengan yang ada sekarang. (Rujuk: asy-Syaukani, as-Sailul Jarrar al-Mutadafiq ‘Ala Hada’iqil Azhar, 1/941)
Persoalan ini juga dapat dijelaskan melalui riwayat yang dibawakan oleh Imam al-Bukhari berikut:
عون السهمى اتيت ابا امامة فقال لا تسبوا الحجاج فانه عليك امير وليس على بامير
Terjemahan: Dari as-Sahmi: Aku mendatangi Aba Amamah, lalu beliau berkata:
Janganlah kamu mencela/mengutuk/menghina al-Hajjaj, kerana beliau adalah penguasa bagi kamu dan bukan penguasa bagiku. (Rujuk: al-Bukhari, at-Tarikh al-Kabir, 7/18, no. 83. Maktabah Syamilah)
Riwayat ini menunjukkan telah wujud corak pemerintahan di bawah pentadbiran penguasa yang berbeza bagi wilayah yang berbeza. Dan ia turut menunjukkan bahawa setiap rakyat wajib mentaati pemerintahnya masing-masing.
Dalam persoalan yang lain, Imam an-Nawawi rahimahullah menegaskan:
وأما الطريق الثالث فهو القهر والاستيلاء فإذا مات الإمام فتصدى للإمامة من جمع شرائطها من غير استخلاف ولا بيعة وقهر الناس بشوكته وجنوده انعقدت خلافته لينتظم شمل المسلمين فإن لم يكن جامعا للشرائط بأن كان فاسقا أو جاهلا فوجهان أصحهما انعقادها لما ذكرناه وإن كان عاصيا بفعله
Terjemahan: Ada pun cara/jalan yang ketiga adalah melalui kekerasan dan paksaan. Apabila seseorang pemerintah/pemimpin telah meninggal dunia, kemudian seseorang yang memenuhi syarat menjadi pemimpin muncul tanpa sebarang bai’ah dan perlantikan, dan memaksa orang ramai dengan menggunakan kekuatan dan bala tenteranya, pada ketika itu pemerintahannya sah demi memelihara perpaduan/kesatuan umat Islam. Ada pun sekiranya ia tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, maka di sana terdapat dua pandangan, tetapi pandangan yang lebih tepat adalah sahihnya (diterimanya) pemerintahan tersebut berdasarkan apa yang telah kami jelaskan. (Rujuk: an-Nawawi, Raudhatuth Tholibin wa ‘Umdatul Muftin, 10/46)
Juga perkataan Imam ash-Shan’ani yang agak tegas (ketika mensyarahkan beberapa hadis):
دلت هذه الألفاظ على أن من خرج على إمام قد اجتمعت عليه كلمة المسلمين والمراد أهل قطر كما قلناه فإنه قد استحق القتل لإدخاله الضرر على العباد وظاهره سواء كان جائرا أو عادلا وقد جاء في أحاديث تقييد ذلك بما أقاموا الصلاة وفي لفظ ما لم تروا كفرا بواحا
Terjemahan: Hadis ini dengan pelbagai lafaz menunjukkan bahawa mereka yang keluar dari ketaatan dan menentang seseorang pemimpin yang telah disepakati oleh umat Islam di dalam sesebuah wilayah, maka dia berhak dihukum bunuh kerana akan menimbulkan kerosakkan kepada manusia sama ada pemimpin yang ditentang tersebut adalah seorang yang adil atau pun yang zalim selagi mereka masih menegakkan solat sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadis atau dalam hadis yang lain disebutkan: “Selagi kamu tidak melihat kekufuran yang nyata”. (ash-Shan’ani, Subulus Salam Syarah Bulughul Maram, 3/261)
Demikianlah penjelasan dan analisa berpandukan perkataan para ulama berkaitan perkara/situasi ini di mana diterima dan sahnya kepimpinan pemerintah bagi setiap wilayah masing-masing. Dan dengannya para ulama mewajibkan kepada umat Islam untuk taat dan patuh kepada para pemimpinnya masing-masing di setiap wilayah. Walau bagaimanapun, adalah yang terbaik sekiranya umat Islam dapat disatukan di bawah satu kuasa pemerintahan yang begitu ampuh dan kukuh di atas jalan kebenaran yang haq. Wallahu a'lam...
http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2010/05/173-setiap-wilayah-negara-umat-islam.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar